Thursday, April 19, 2012


Wild Extreme Adventure  ( sport adventures tourism)
         
Seperti yang kita tahu, aktiviti sukan telah berkembang pesat di Negara kita Malaysia. Ini bermakna seruan kerajaan kepada rakyat telah disambut baik oleh rakyat Malaysia. Untuk menyemarakan lagi semangat rakyat Malaysia, wild extreme adventure hadir dengan buah fikiran yang boleh membawa transformasi terhadap aktiviti sukan di Negara kita yang tercinta.
          Menyedari kepentingan gaya hidup sihat sangat penting, kami ingin menyeru semua rakyat Malaysia untuk cabaran yang lebih berprestij. Fokus utama kami ialah untuk memperhebatkan lagi aktiviti sukan lasak yang berteraskan alam semulajadi. Sabah merupakan negeri yang akan menjadi batu loncatan kerana faktor geografi serta keunikan negeri di bawah bayu ini telah menjadi tarikan semula jadi kepada pelancong asing dan juga tempatan.

Antara sukan lasak berteraskan eco-pelancongan yang ingin diketengahkan:
1.    Berakit jeram (white water rafting) 
2.    Selam scuba (scuba diving)
3.    Kayaking
4.    Mountain biking
5.    Rock climbing
6.    Paragliding
7.    Via ferrata (Mt. Kinabalu)
         
Antara faktor pemilihan sukan ini adalah kerana sukan ini mampu menjana ekonomi dengan kehadiran pelancong asing. Kami percaya bahawa aktiviti ini mampu menarik pelancong dari luar kerana aktiviti ini beroreintasikan alam semulajadi. Seterusnya ialah, keadaan geografi yang amat sesuai untuk semua peringkat umur dan kepada sesiapa yang baru berjinak-jinak dengan kegiatan ini. Iklim dan faktor cuaca yang sentiasa mengizinkan aktiviti ini dijalankan pada hampir sepanjang tahun. 

Sabah mempunyai beberapa operator yang berpengalaman dalam mengendalikan aktiviti ini seperti:

1.    Riverbug the white water rafting specialist ( www.riverbugasia.com )
2.    Borneo Ultimate Sport Tour Adventure (BUSAT) ( www.ultimateborneo.com )
3.    Mountain Torq ( www.mountaintorq.com )
4.    Fieldskills Adventures Sdn Bhd ( www.fieldskillsadventure.com )
5.    Trek Finder Tour Sdn Bhd ( www.trekfinder.com )
6.    Beach Bum Borneo. ( www.go2borneo.com )
         

 Walaupun aktiviti ini telah dijalankan sebelum ini tetapi, kurang mendapat sambutan daripada masyarakat Malaysia sendiri. Hal ini kerana, kekurangan pendedahan kepada masyarakat tempatan dan hanya beroreintasikan keuntungan kerana dijalankan oleh sektor-sektor swasta sahaja.
          Sabah mempunya beberapa kawasan yang amat sesuai untuk dijadikan sebagai pusat aktiviti sukan lasak ini. Melalui perancangan kami telah memilih Kiulu Village untuk dijadikan pusat sukan lasak dan faktor pemilihan tersebut kerana kawasan ini sememangnya mempunyai ciri-ciri yang baik untuk aktiviti sukan lasak kecuali via ferrata dan selam scuba.
Kiulu Village????

1.    Telah diundi menjadi kawasan kampong kedua tercantik di seluruh Malaysia.
2.    Berada lebih kurang 1 jam 30 minit perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu.
3.    Lokasi berakit jeram gred 1-2 ( sungai kiulu).
4.    Permukaan muka bumi yang berbukit bukau sesuai untuk aktiviti mountain biking.
5.    Lokasi sukan paragliding.
6.    Terdapat dua pusat perkhemahan yang telah dibangunkan lengkap dengan kemudahan  
seperti  aktiviti flying fox ( Pusat kegiatan kokurikulum peringkat negeri Sabah dan Asia Ability Base camp).
7.    Masih banyak tempat yang belum diterokai (air terjun dan hutan).


Semantara itu, bagi aktiviti selam scuba pula boleh dijalankan disekitar Tunku Abdul Rahman Marine Park yang merangkumi lima buah pulau iaitu Pulau Sapi, Manukan, Mamutik, Gaya dan Pulau Sulug. Selain daripada selam scuba, aktiviti air seperti parasailing, banana boat, flying fish serta jet ski juga boleh dilakukan di kawasan sekitar taman marin ini. Kepada meraka yang inginkan sesuatu kelainan dasar laut boleh lah pergi ke Pulau yang lebih jauh dari Kota Kinabalu seperti Pulau Mantanani, Sipadan, Mabul atau pun Pulau Tiga (lokasi penggambaran rancangan survivor island). Walaupun jauh tetapi ia menjanjikan kepuasan yang tidak terhinggah.



 Bersesuaian dengan nama Wild Extreme Adventure, tujuan asal kami adalah untuk membantu dan menjana tenaga samada melalui idea mahupun fizikal bagi memperhebatkan lagi promosi dan membudayakan aktiviti sukan lasak ini ke dalam masyarakat. Disamping itu juga, aktiviti seperti ini mampu meningkatkan lagi tahap kemahiran insaniah kita kerana setiap aktiviti ini bukan saja memerlukan kekutan fizikal tetapi kekuatan mental amat ditagih. Kerjasama berpasukan, toleransi dan kemahiran komunikasi dapat dipraktis melalui aktiviti seperti berakit jeram. Walaubagaimanapun, keindahan dan kebersihan alam semulajadi yang sedia ada tetap kami kekalkan kerana sukan ini berteraskan alam semulajadi.